![[VIDEO] ‘Duit Bukan Penentu Kebahagiaan Tapi Kalau Gaji RM1,700 Tak Payah Kahwin Lagi’ – Aliff Syukri](https://asset.ohbulan.com/2025/07/aliff-syukri-3.jpg)
Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi menarik perhatian netizen apabila berkongsi pandangannya tentang soal kewangan dalam perkahwinan.
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Kongsi Rezeki Dengan Pengawal Keselamatan – ‘Bila Tengok Dia, Saya Teringat Arwah Abah’
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Kagum Bibik Tudung Bina Rumah, Hasil Kerja 15 Tahun
‘Kalau gaji RM1,700 tak payah kahwin lagi’
Menerusi klip video sesi siaran langsung baru-baru ini, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, mengakui bahawa gaji bukanlah penentu utama kebahagiaan, namun ia tetap memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan hidup berumahtangga.
Gaji bukanlah sebab kebabagiaan tapi kalau gaji kau RM1,700 tak boleh lah.
Bagaimanapun, Aliff berpendapat bahawa individu yang bercadang untuk mendirikan rumah tangga sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan sebagai pendapatan asas.
Baginya, jumlah itu adalah lebih realistik untuk memulakan kehidupan berkeluarga dalam keadaan ekonomi semasa.
Bagi saya sekarang nak kahwin gaji minimum kena RM2,500. Kalau gaji kau RM1,700 tak payah kahwin lagi. Kalau gaji RM1,700 tapi tahu buat kerja part time okay lah.
Gaji bukanlah penentu kebahagiaan cuma kalau gaji bawah RM2,500 nak kahwin macam belum bersedia.
‘Kalau dah rasa nak kahwin, simpah lah duit’

Dalam masa yang sama, Aliff turut menekankan soal tanggungjawab kewangan seorang lelaki, terutama terhadap ibu bapa.
Gaji tak kisah berapa tapi biarlah bertanggungjawab. Sekarang ni banyak lelaki nak bagi duit dekat mak bapak pun tak cukup.
Bagi lelaki, kalau dah rasa nak kahwin, simpah lah duit.
Mengulas tentang wanita yang tidak terlalu memandang jumlah pendapatan pasangan, Aliff menyatakan bahawa kebijaksanaan dalam merancang kewangan adalah lebih penting berbanding jumlah gaji semata-mata.
Ada je perempuan yang tidak kisah dengan gaji pasangan cuma kena ukur baju di badan sendiri lah.
Sumber: TikTok








