![[VIDEO] Dynas Mokhtar Dedah Pernah Cuba Jalan Pintas Untuk Kurus – ‘Tak Mahu Dah, Saya Sanggup Bersalin 10 Kali’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/dynas-4.jpg)
Pelakon Dynas Mokhtar mengambil masa kira-kira setahun untuk menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram (kg) menerusi kaedah ‘intermittent fasting’ selain mendapatkan nasihat doktor.
Artikel Berkaitan: ‘Selfie’ Dynas Mokhtar & Awal Ashaari Raih Perhatian, Netizen Nasihat Jaga Batas
Artikel Berkaitan: Dynas Mokhtar Kongsi Minat ‘Unik’, Suka Cari Info Fasal Mayat & Jenayah Pembunuhan
Tak guna jalan pintas untuk kurus

Ketika ditemui OhBulan!, Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 43, berkata, perubahan fizikal yang dialaminya selepas Ramadan tahun lalu berlaku dengan agak ketara sehingga ada individu menyangka dirinya sedang sakit.
Dr Farah yang periksa, saya boleh makan apa dan saya tidak boleh makan apa.
Saya buat ‘intermittent fasting’ tetapi ambil masa setahun juga.
Lepas puasa tahun lepas, berat badan saya turun mendadak sampai orang ingat saya sakit
Dynas berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengambaran drama TV3, Perempuan Sesudah Lafaz di UniKL, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Dynas akui lebih selesa menurunkan berat badan secara berperingkat dan mengelakkan kaedah yang dianggap sebagai jalan pintas.
Menurut Dynas, dia pernah mencuba kaedah sedemikian sebelum ini, namun pengalaman tersebut menyebabkan dirinya terpaksa menerima rawatan di hospital selama seminggu akibat tekanan darah yang terlalu rendah.
Saya kalau boleh nak elakkan benda-benda yang macam melalui jalan pintas.
Saya pernah cuba, bukannya tidak pernah. Tetapi saya masuk hospital seminggu sebab tekanan darah saya sangat rendah. Saya rasa lebih baik bersalin sepuluh kali daripada alami keadaan yang saya tak boleh bangun.
Jadi, bila saya jumpa doktor, saya cakap awal-awal saya tak mahu buat jalan pintas, saya minta doktor untuk cadangkan sesuatu yang sesuai untuk saya.








