berita

[VIDEO] Eh..Dah Kenapa KFC Tiba-Tiba Cakap Kelate Ni?

September 6th, 2019 | by Bieha
Kini Trending

Malaysia memang unik, tapi apa yang lebih unik apabila kita semua bersatu untuk menikmati hidangan KFC yang menjilat jari! Korang dah try KFC Bucket Bersama? Haa..kalau belum, jom cepat-cepat dapatkan dapatkan wafel goreng dengan sos coklat BAHARU dengan setiap pesanan KFC Bucket Bersama hari ini!

Korang dah tengok iklan terbaru KFC yang menggunakan dialek Kelantan? Bukan dialek Kelantan je, tapi ada lagi 11 bahasa dan dialek yang digunakan! Jom kami kongsikan..

Iklan yang lain dari lain & semestinya membawa mesej perpaduan!

Sempena Hari Malaysia ni, KFC membawakan iklan unik yang buat kali pertamanya menggabungkan 12 dialek dan bahasa di Malaysia sekaligus mempromosikan KFC Bucket Bersama!

Bukan biashe-biashe tau KFC Bucket Bersama ni. Ia didatangkan dengan kombo wafel goreng TERBARU dan sos coklat, kentang putar serta minuman yang korang boleh dapatkan dengan hanya RM28.90! Cakap banyak pun tak guna, jom layan dulu iklan KFC ni!

Atara bahasa dan dialek yang digunakan adalah Bahasa Jawa, dialek Pahang, dialek Perak, dialek Kelantan, dialek Terengganu, loghat Utara, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah, Melaka, Bahasa Hokkien dan Bahasa Tamil. Memang unik dan kreatif betul!

KFC Bucket Bersama, semua boleh layan!

Inilah keunikan KFC Bucket Bersama. Tak kira bangsa atau etnik, kita semua berkongsi kegemaran yang sama iaitu KFC! Lagi best, apa kata korang ajak keluarga, kawan atau jiran sambut Hari Malaysia dan sama-sama menikmati KFC Bucket Bersama. Barulah meriah! #KFCMalaysia #KFCBucketBersama

Haa..jangan tak tahu, terdapat lebih 600 restoran KFC di seluruh Malaysia! Kalau nak tahu restoran KFC yang terdekat dengan korang, klik sini.

Selamat Hari Malaysia!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web KFC.