![[VIDEO] Eina Azman Ketawa Baca Komen Netizen Pertikai Bentuk Wajah – ‘Yang Penting Saya Gembira Dengan Suami & Kedua Anak’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/eina-azman-dua.jpg)
Pelakon, Datin Paduka Eina Azman hanya mampu tertawa apabila menerima kritikan daripada netizen yang mendakwa wajahnya kini kelihatan berbeza dan pelik berbanding dahulu.
Artikel Berkaitan: Eina Azman Sebak Berpisah Dengan Pembantu Rumah Selepas 5 Tahun Berkhidmat – ‘Rasa Macam Lost Kejap’
Artikel Berkaitan: Suami Eina Azman Dibenar Pulang Ke Rumah – ‘Syukur Alhamdullilah Selepas 12 Hari Yang Cukup Mendebarkan…’
Muka pelik?

Menerusi klip potongan siaran langsung di TikTok, pemilik nama Ainur Syakina Azman, 30, berkata kebahagiaan dalam hidupnya lebih penting daripada memenuhi jangkaan orang ramai tentang rupanya.
Saya tidak pernah meminta pandangan sesiapa tentang wajah saya.
Saya gembira dengan kehidupan saya. Saya tidak kisah kalau orang nak kata saya kurus macam kartun Popeye ke, rambut hitam macam pontianak ke, saya okay saja.
Bagi saya yang penting keluarga saya gembira dan orang-orang yang saya sayang berada dekat dengan saya.
Kata Eina, dia tidak terkesan dengan komen negatif yang diberikan sebaliknya menjadikan komen tersebut sebagai bahan hiburan buatnya dan suami, Datuk Paduka Kaisaer Gurmeet.
Saya tidak marah dan hanya mampu ketawa saja. Suka hati koranglah.
Saya asyik dapat komen yang mengatakan saya pakai filter, mempersoalkan bentuk mata, hidung dan kening saya.
Apa masalahnya? Kalau saya gemuk salah, hitam salah, muka berjerawat salah. Kalau kurus dan putih mesti salah kan?
Terdahulu, Eina menerima kecaman mengenai wajahnya ketika membuat siaran langsung bersama Kaisaer.
Dalam siaran langsung itu, netizen secara terbuka mempersoalkan penampilan wajah Eina yang didakwa kelihatan pelik.
Sumber: TikTok







