berita

[VIDEO] Ejek Rambut Botak Isteri Masa ‘Live’, Chris Rock Kena Tampar Dengan Will Smith

March 28th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Pelawak Chris Rock menerima tamparan daripada pelakon Will Smith selepas berseloroh mengenai masalah Alopecia atau keguguran rambut yang dihadapi oleh isterinya, Jada Pinkett ketika siaran langsung Oscars 2022.

Buat lawak dengan imej isteri

Will berang dengan jenaka Rock yang mengatakan Jada sesuai untuk memegang watak dalam filem filem G.I. kerana imejnya yang tiada rambut.

Tidak menghiraukan acara yang sedang berlangsung, Will bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke pentas dan terus melempang Rock. Selepas itu, Will kembali ke tempat duduknya sambil menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan.

Tolong jangan sebut nama isteri saya di celopar kamu.

Muka tahan malu

Terpaksa menahan malu selepas ditampar di Academy Awards yang ditonton jutaan penonton, Rock menyatakan ini adalah momen paling terbaik pernah berlaku.

Will Smith baru saja tampar saya. Itulah momen terbaik dalam sejarah televisyen.

Siaran langsung yang dipancarkan menerusi saluran Showcase Movies tergendala seketika di Malaysia gara-gara insiden mulut celupar.

Sumber: Youtube Guardian News

SKIP THIS AD ×