berita

[VIDEO] Bapa Elyana Sebak Terima Hadiah Kereta – ‘Impian Saya Sebagai Anak Sejak Dari Kecil Sudah Tertunai’

October 15th, 2023 | by Alia
Kini Trending

elyana kereta

Penyanyi, Elyana baru-baru ini menghadiahkan sebuah kereta Proton X50 berwarna putih kepada bapanya sempena ulang tahun kelahiran.

Artikel Berkaitan: ‘I Yang Melamar Dia’ – Elyana Buat Kejutan Untuk Suami Sempena Birthday, Tunjuk Kertas ‘Will You Marry Me’ 12 Tahun Lalu

Impian sejak kecil

elyana kereta

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), bapa Elyana dilihat tidak mampu menahan sebak sebaik sahaja menerima kunci kereta dan kelihatan teruja ketika memandu kenderaan tersebut.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkata sejak dari zaman kanak-kanak lagi dia menyimpan hasrat untuk memberikan sesuatu yang berharga buat ibu bapanya.

Jumaat lepas saya dah tunaikan impian saya sebagai anak. Impian saya dari dulu nak belikan rumah atau kereta untuk ibu bapa saya..cita-cita dari kecil. Tapi saya menanam impian untuk belikan sesuatu kepada mereka, bukan kerana saya kaya atau banyak duit tetapi itu yang boleh membuatkan saya gembira.

Kebetulan baru-baru ini kereta papa rosak, jadi ini lah peluang saya untuk tunaikan impian saya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kalis Rindu ini juga menyifatkan bapanya sebagai seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab kerana tidak pernah membebankan keluarga.

Papa saya dari dulu memang tak pernah sekali pun meminta apa-apa daripada anak-anak, sanggup susah sendiri dari menyusahkan orang dan dia paling pantang berhutang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terharu melihat perhubungan bapa dan anak itu selain mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Video

 

View this post on Instagram

SKIP THIS AD ×