![[VIDEO] Fattah & Amira Jadi Contoh, Utamakan Solat Walau Sedang Melancong – ‘Kalau Tak Pegang Tangan Mesti Tengah Jaga Wuduk’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/fatmira-solat-87.png)
Pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila mereka dilihat mengutamakan solat ketika sedang berbulan madu di Switzerland.
Artikel Berkaitan: ‘Santai, Tiada Masalah Naik Bas Di Switzerland’ – Fattah Amin & Amira Othman Dipuji ‘Tour Guide’
Artikel Berkaitan: Penulis Khat Tertarik Dengan 11 Huruf ‘Fa’ & ‘Alif’ Di Pelamin Fattah Amin, Amira Othman – ‘Mungkin Ada Simbolik Tertentu’
Mendirikan solat
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, seorang individu yang dipercayai ejen pelancongan berkongsi foto yang memaparkan Fattah sedang memakai kasut manakala Amira pula sedang mendirikan solat di sebuah premis makanan.
Pengajaran untuk kita yang melancong, walau di mana pun berada tiada alasan untuk tinggalkan solat.
Cinta sampai ke syurga, insyaAllah.
Pujian netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan pasangan selebriti tersebut yang tetap menjalankan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah SWT walau di mana pun mereka berada.
Dalam masa yang sama, warganet juga mendakwa Fattah dan Amira kadang kala dilihat tidak berpegangan tangan berkemungkinan kerana mereka sedang menjaga wuduk.
Terdahulu, Fattah dan Amira selamat diijakbulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Sepang, Selangor, pada 14 September lalu.
Dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Fattah dan Amira sah menjadi pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz.
Sumber: TikTok Swissman








