![[VIDEO] Erra Fazira Jawab Persoalan Sebab Pakai Rambut Palsu Hingga Digelar ‘Ratu Wig’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/erra-wig.jpg)
Primadona, Erra Fazira menjelaskan sebab memilih untuk memakai rambut palsu atau wig pada zaman dahulu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Elyas Perjelas Salah Faham Tidak Hadiri Majlis Erra Fazira – ‘Saya Tidak Dijemput, Haram Kalau Pergi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erra Fazira Akui Bukan Mudah Ambil Keputusan Berkahwin, Mahu Layari Bahtera Harmoni Dengan Suami – ‘Nak Cari Ketenangan’
Sebab pakai

Menerusi perkongsian di TikTok, Fazira Wan Chek, 51, menjelaskan pernah mengalami kecelakaan pada masa lalu hingga meninggalkan parut besar di kepalanya.
Alhamdulillah Allah jaga maksudnya aib (parut) itu boleh ditutup. Pada awal penglibatan saya pakai rambut asli.
Tetapi disebabkan tekstur rambut buatkan saya tidak yakin. Orang selalu cakap saya rambut jagung sebab bila kering jadi besar.
Bila kita selalu blow, rambut jadi rosak. Makin lama makin gugur dan saya rasa rambut saya rosak.
Menurut pelakon filem Sembilu itu, pada awal penggunaan, wig tersebut membuatkannya berasa sangat selesa dan mudah untuk dipakai.
Selepas itu saya terus selesa dengan wig. Ketika Ratu Cantik Malaysia itu memang rambut betul saya.
Saya sayang rambut saya, jadi saya fikir tak salah untuk guna wig.
Walaupun pelaburan agak tinggi, saya dapat mempelbagaikan gaya rambut dan akhirnya digelar sebagai ‘Ratu Wig‘.
Sumber: TikTok








![[VIDEO] Khairul Aming Bagi ‘Tips’ Kurus, Mohon Jangan Stres ‘Cut’ Makan – ‘Ambil Yang Kita Boleh Konsisten’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/KA-25.jpg)