Pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail tampil menjelaskan sebab tidak menghadiri majlis perkahwinan primadona, Erra Fazira bersama suaminya, Ezwan Zain pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Minta Netizen ‘Move On’, Kongsi Hukum Hadiri Majlis Kahwin Wajib – ‘Amira & Fattah Melayan Kami Dengan Baik’

Artikel Berkaitan: Wanita Tak Bertudung Anggap Lebih Dekat Dengan Allah? Ustaz Elyas Ismail Beri Teguran

Hukum dalam Islam

Menerusi perkongsian di Instagram, Ustaz Elyas berkata dia memilih untuk tidak pergi kerana mematuhi hukum yang ditetapkan dalam Islam.

Kenapa saya tidak hadir ke majlis Erra? Saya tidak dijemput jadi saya tidak boleh lah pergi.

Sebab itu dalam Islam, kalau dijemput, diundang ke suatu majlis walimah, maka wajib hadir.

Tapi kalau tidak diundang, tidak dijemput maka tidak boleh hadir majlis tersebut.

Menurut Ustaz Elyas, adalah haram bagi seseorang untuk menghadiri sesuatu majlis tanpa jemputan.

Jelasnya lagi, walaupun tidak mendapat jemputan tidak salah untuk seseorang itu mendoakan yang terbaik buat pengantin.

Haram kalau pergi, malah kalau pergi menonong saja dan makan di majlis itu dikira sebagai pencuri.

Tapi apa-apa pun, doakan kebahagiaan pengantin, diberkati sehingga sampai ke syurga dan diberikan keredhaan sepanjang hidup kita semua termasuk pengantin baru.

Untuk info, Erra selamat bergelar isteri kepada Ezwan atau lebih dikenali sebagai Mr E selepas 11 tahun hidup sebagai ibu tunggal.

Sumber: TikTok