![[VIDEO] Erra Fazira & Mr E Raya Underwater, Lengkap Bersampin Buat Netizen Teruja](https://asset.ohbulan.com/2026/03/erra.jpg)
Primadona, Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain menyorot perhatian ramai apabila meraikan Aidilfitri dengan melakukan aktiviti menyelam bersama di Pulau Tenggol, Terengganu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Alhamdulillah, Isteri Saya Menjadi Pendengar Yang Baik’ – Suami Erra Fazira
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Isteri Minta Bawa Jumpa Erra Fazira’ – Awie Kongsi Kisah Di Sebalik Konsert ‘Sembilu’
Raya underwater
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Kasionzchannel, ia memaparkan momen manis pasangan itu sebelum melakukan aktiviti menyelam.
Lebih menarik, Ezwan atau lebih dikenali sebagai Mr. E tampil mengenakan baju Melayu lengkap bersampin.
MR E & Erra escape to Tenggol. Raya underwater! Selamat Hari Raya.
Ketika aktiviti menyelam tersebut berlangsung, pasangan itu sempat melakonkan semula suasana salam di pagi raya, termasuk bermaaf-maafan sebelum berpelukan pada penghujungnya.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian warganet yang rata-ratanya suka meihat kemesraan pasangan itu.
Sumber: Instagram