Primadona filem alaf baru, Erra Fazira selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E.

Artikel Berkaitan: Erra Fazira Kongsi Momen Lucu Saat Berkenalan Dengan Mr. E, ‘Bergayut’ Di Telefon Hingga Enam Jam

Erra kini milik Mr. E

Tepat jam 9.20 pagi tadi, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek sah menjadi isteri kepada Mr E dengan sekali lafaz dalam majlis ijab kabul.

Dalam masa yang sama, aktres berusia 51 tahun itu juga menerima mas kahwin berupa sepokok bunga emas iaitu 24 dinar emas.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Bin Noordin.

Anggun dengan berona berwarna biru, busana pelakon filem Soalnya Hati itu mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal negara, Rizman Ruzaini.

Lebih menarik, hantaran kedua-dua belah pihak disediakan di dalam talam dan ditandu masuk ke perkarangan pentas majlis tidak seperti kebiasaan pasangan pengantin yang lain. Antara barangannya adalah sepersalinan emas, beg tangan, jam tangan serta kasut.

Untuk info, majls penuh bermakna yang berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Selangor itu turut dihadiri kira-kira 300 orang tetamu iaitu keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan media.

Terdahulu, Erra menerusi majlis pelancaran single dan tayangan perdana lagu ‘Cinta Abadi’, telah mengumumkan tarikh pernikahannya bersama Mr E iaitu pada 12 Disember.

Sebelum itu, pasangan tersebut dipercayai menjalinkan hubungan cinta sejak Ogos tahun lalu.

@ohbulanofficial

Alhamdulillah syukur 🤲🏻 Tahniah Erra Fazira dan Mr E. Semoga kekal hingga ke jannah 🤍🤍🤍🤍 #ohbulan #kinitrending #errafazira #nikah

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!