Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira berkongsi tentang kepentingan menjaga ibadah solat.

Artikel Berkaitan: Erra Fazira Mengaku Lebih Terbuka Kongsi Momen Romantis Dengan Mr. E – ‘Nothing To Hide’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra ‘Live’ Bersama, Peminat Doakan Erra Fazira & Mr E Cepat Kahwin

Jaga solat

@tv9malaysiaofficial

Dengar tu pesanan daripada @Fazira Wan Chek penuh dengan tauladan yang boleh kita contohi ❤️ Jangan lupa saksikan 10 Malam terakhir, hari ini jam 6 petang secara langsung di TV9 atau strim juga melalui Tonton. #10MalamTerakhir #TV9Malaysia #10MalamTerakhirTV9

♬ original sound – TV9Malaysia – TV9Malaysia

Menerusi perkongsian di rancangan 10 Malam Terakhir, Erra nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata, setiap Muslim perlu mendirikan solat seperti mana yang diperintahkan Allah SWT.

Saya rasa bila Allah nak panggil kita dan jemput kita untuk dekat denganNya, kadang-kadang kita terlepas.

Apabila terlepas, kita nak tunggu Allah panggil lagi, kita takkan tahu bila masanya.

Dari pengalaman saya, beberapa kali juga terlepas dengan ajakan Allah. Contohnya seperti solat. Kadang-kadang kita abaikan dan selepas itu kita lagha dan hanyut.

Bila nak ‘dipanggil’ kembali itu lambat, tetapi bila sudah ada rasa itu, jagalah ia. Itulah pesanan saya kepada semua kawan-kawan saya. Malas sekalipun, buatlah.

Hijrah Erra

Bercerita lanjut, aktres berusia 51 tahun tersebut berkata, semenjak dipanggil menjadi tetamu Allah di Makkah, dia akan sentiasa memaksa dirinya untuk mengutamakan ibadah.

Itulah yang berlaku ketika saya di Tanah Haram. Matlamat di sana adalah untuk nak lipat gandakan ibadah dan nak kejar kebaikan.

Walau ada halangan, saya tetap cari jalan sebab saya nak dan tak mahu terlepas. Saya rasa Allah sudah panggil saya untuk berhijrah.

Dalam masa yang sama, pelakon filem Sembilu itu turut mencari ilmu agama dengan lebih mendalam.

Saya tak mahu hijrah dari segi fizikal sahaja tetapi pemahaman juga. Saya kejar dan saya cari ilmu itu.

Saya buat sedaya mungkin, tak apa kalau ada orang kata terpaksa atau tak ikhlas pada mulanya tapi untuk kebaikkan apa salahnya. Ikhlas akan datang kemudian.

Sumber: TikTok TV9 Malaysia