berita

[VIDEO] ‘Esok Abang Datang Lagi Tau!’- Perkongsian Pemuda Bantu 8 Beradik Buat Orang Sebak

October 13th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap keluarga pasti akan diuji dengan pelbagai bentuk cabaran yang mendatang. Ini kisah yang dikongsi seorang pemuda yang dikenali sebagai Aqil yang berkongsi video dia bersama rakan-rakannya membantu sebuah keluarga yang mempunyai lapan adik beradik.

Video tersebut telah tular di media sosial dan mendapat perhatian daripada orang ramai. Sebelum ini, keluarga ini juga pernah mendapat bantuan daripada seorang gadis yang dikenali sebagai ChuuyadellaKeluarga ini menetap di Plentong, Johor Bahru.

Bantu 8 beradik

Aku selalu terfikir, sesusah mana pun kita, mesti ada yang lagi susah dekat luar sana. aku bersyukur rezeki aku ialah ada family yang bahagia, kawan yang baik. They would be there, hulur tangan untuk bantu aku, having a family and group of good friend is such a bless. everyone has their own rezeki, jangan bandingkan rezeki kau dengan orang lain.
thankyou juga kepada @zulaeikha @firdznal_ @zulhelmi_azmat @udinnuckelz ??? tanpa mereka takjadi semua ni

Pemuda itu sebelum ini sempat komen di Instagram Chuuyadella yang berkongsi videonya membantu keluarga tersebut. Dia ketika itu bertanya di mana lokasi keluarga tersebut sebelum bertindak bersama rakan-rakannya membantu keluarga yang kurang bernasib baik ini. Nasibnya ketika itu agak baik apabila dia terserempak dengan anak sulung keluarga tersebut di sebuah pasar raya.

Pada mulanya, anak sulung itu sukar untuk didekati dan lari apabila ditegur, namun lama kelamaan mereka berjaya mendekati kanak-kanak tersebut. Aqil dan rakan-rakannya bertindak membawa anak sulung itu membeli mainan dan barang keperluan buat mereka sekeluarga. Kehadiran mereka di rumah itu, memberi sinar kebahagiaan kepada lapan beradik itu.

Tak bagi balik

Eh abang semalam tu datang lah!

Semalam pemuda itu, sekali lagi kembali ke rumah keluarga tersebut, dan disambut ceria oleh mereka sekeluarga. Perkongsian ini telah berjaya meraih 8.4k retweet dan 17.8k likes, rata-rata netizen mengucapkan ucapan terima kasih atas keprihatinan dia bersama rakan-rakannya dan memuji tindakan mereka.

Tambahan pula, Aqil turut berkongsi video penuh mereka membantu lapan beradik itu melalui platfom Instagramnya. Selain Aqil, terdapat juga seorang individu yang dikenali sebagai Chuuyadella yang turut berkongsi videonya membantu keluarga tersebut.

Semoga dimurahkan rezeki

Sumber: Aqil

SKIP THIS AD ×