berita

[VIDEO] ‘Ex Pulak Muka Macam Brad Pitt’ – Pengantin ‘Histeria’ Sampai Pengsan Bila Ex Boyfriend Datang Majlis Kahwin

December 14th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan ‘kekecohan’ yang berlaku ketika berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan. Lebih mengejutkan apabila mengetahui punca kekecohan tersebut adalah disebabkan ‘kehadiran’ bekas teman lelaki si pengantin perempuan.

‘Histeria’ atas pelamin

Menerusi laporan yang dipetik daripada Regional Kompas, kejadian tersebut berlaku di Indonesia. Berdasarkan video pendek yang dikongsikan semula di akaun Twitter, Naim Azharr memperlihatkan pasangan pengantin berada di atas pelamin sambil melayani tetamu yang hadir.

Namun, tanpa diduga secara tiba-tiba pengantin perempuan meraung dan menangis teresak-esak selepas melihat kelibat seorang jejaka. Difahamkan, jejaka yang berpakaian kemeja berwarna hitam sambil menggalas beg yang dikenali dengan nama Dayat itu merupakan bekas teman lelaki si pengantin perempuan.

‘Ex pula maca Brad Pitt’

Menurut sumber, Dayat hadir ke majlis perkahwinan itu atas undangan kedua-dua pengantin. Dayat kemudian telah naik ke atas pelamin hanya untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. Tetapi alangkah terkejutnya dia apabila kehadirannya itu telah membuatkan suasana menjadi kelam-kabut.

Saya datang ke sana atas jemputan, saya hargai, Saya datang juga bersama dengan keluarganya pengantin perempuan. Niat saya baik datang ke sana, malah saya rela datang dari Lombok Barat sampai Lombok Timur, demi melihat kedua mempelai bahagia tersenyum manis keluar dari bibirnya dan saya juga ikut senang jika dia senang atau bahagia.

Pengantin perempuan yang sedang menangis seperti terkena ‘histeria’ itu ditenangkan oleh tetamu yang lain.

Sumber: Regional Kompas, Naim Azharr

SKIP THIS AD ×