Hantaran pelakon Eyra Hazali meraih perhatian dengan kerenahnya yang dianggap menghiburkan apabila cuba untuk memahami permainan bola sepak.

Artikel Berkaitan: ‘Mendoakan Suami Saya Lumpuh Adalah Melampau’ – Eyra Hazali

Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Kesal Ada Pihak Doakan Suami Disimbah Asid – ‘Benda Ini Bukan Kelakar Ya’

Kahwin dengan pemain bola sepak

@eyrahazali21Nanti2 je la faham? original sound – Eyra.Hazali

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, suami kepada Eyra atau nama lengkap Hazirah Qasdina Hazali iaitu Haziq Nadzli menjelaskan maksud ‘off side’ yang digunakan dalam permainan bola sepak.

Bagaimanapun. Eyra dilihat masih tidak memahami cara permainan bola sepak walaupun sudah mencecah enam tahun mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol kebangsaan.

Dah enam tahun kahwin dengan pemain bola tapi masih tak faham off side.

Penat explain setiap tahun.

‘Kami tahu gol saja’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kesabaran Haziq menjelaskan maksud ‘off-side’ pada isterinya. Selain itu, kebanyakan wanita turut memahami situasi Eyra yang sukar untuk memahami permainan bola sepak.

Sumber: TikTok @eyrahazali21