![[VIDEO] Ezwan Zain Layan Erra Fazira Bergambar, Netizen Faham Kenapa Mereka Serasi – ‘Dua-Dua Masuk Air’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/erra-fazira.jpg)
Gelagat usahawan Ezwan Zain mencuri perhatian apabila ramai menyifatkan dia cukup serasi dan sepadan bersama isterinya, Erra Fazira.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Erra Cakap Saya Kuat Cemburu Sebab Dia Menduga’ – Ezwan Zain
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bunga Emas Sebagai Kejutan Istimewa Dari Suami Buat Erra Fazira – ‘95% Persiapan Kahwin Ezwan Uruskan’
Sepadan dijodohkan
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu memuat naik momen Ezwan dan Erra ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan bersama.
Pada hantaran itu, Ezwan dan Erra tampil sedondon dengan persalinan baju Melayu dan baju kurung berwarna ungu muda.
Bagaimanapun, perkongsian itu meraih perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat spontan Ezwan ketika melayan Erra bergambar.
‘Patutlah jodoh’




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami keputusan primadona berusia 52 tahun itu memilih Ezwan sebagai suaminya.
Terdahulu, Erra sah menjadi isteri kepada Ezwan dengan sekali lafaz dalam majlis ijab kabul pada pagi Jumaat.
Untuk info, majls penuh bermakna yang berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Selangor itu turut dihadiri kira-kira 300 orang tetamu iaitu keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan media.
Sumber: Threads @zulaika_yahaya







