Hasrat pelakon, Ezzanie Jasny untuk bercuti ke London bersama keluarga terpaksa ditangguhkan selepas mengalami kecederaan serius akibat kemalangan yang berlaku baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny Terlibat Kemalangan, Alami Kecederaan Di Kepala

Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny Hanya Ketawa Dakwaan Alami Culture Shock – ‘Saya Bukan Dari Kampung, Duduk Bandar’

Tangguh percutian

Menerusi perkongsian di Instagram, Ezzanie, 26, meluahkan rasa sedih kerana ia adalah percutian yang sangat dinantikan olehnya.

Bagaimanapun, pelakon drama Dia Bukan Syurga itu percaya setiap perkara yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri.

Saya sepatutnya pergi ke London untuk percutian panjang selama sebulan, tetapi mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.

Mungkin kalau kemalangan ini tidak berlaku sesuatu yang lebih buruk boleh terjadi semasa saya berada di sana.

Jadi buat masa ini, percutian saya ke London terpaksa ditangguhkan.

Memang sedih untuk meneruskan hidup dan melepaskan sesuatu yang sangat saya nantikan, namun saya percaya pada perancangan dan ketentuan Allah.

Segala yang berlaku pasti ada sebabnya.

Berkongsi perkembangan kesihatannya selepas kemalangan itu, Ezzanie memaklumkan bahawa keadaannya kini semakin pulih, meskipun sebelum ini mengalami kecederaan serius apabila kepalanya terhantuk pada bahagian tingkap.

Saya kini sudah sedar sepenuhnya, boleh bangun dan berjalan semula.

Kaki saya berfungsi dengan baik, walaupun bengkak di bahagian muka masih datang dan pergi.

Saya juga mengalami pendarahan di sekitar kawasan tengkorak, namun saya amat bersyukur dengan keadaan saya setakat ini.

Beberapa hari lalu, Ezzanie memaklumkan terbabit dalam satu kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya.

Difahamkan, ibu bapanya berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan yang serius.

Sumber: Instagram