![[VIDEO] Faham Perasaan Seorang Bapa, Zain Saidin Kagum Ketabahan Kamal Adli Pertahankan Rumah Tangga – ‘Kau Memang Power Bro’](https://asset.ohbulan.com/2026/01/zain-saidin-kamal-uqasha-2.jpg)
Pelakon Zain Saidin mendoakan yang terbaik buat aktor Kamal Adli dan Uqasha Senrose selepas ikatan perkahwinan mereka berakhir dengan talak satu, pada Isnin.
Artikel Berkaitan: ‘Hancur’ – Perkongsian Kamal Adli Sorot Perhatian, Ruang Komen Dihujani Kata-Kata Semangat
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Uqasha Sudi Menerima Saya Sebagai Suami’ – Kamal Adli Letak Kesalahan Atas Bahu Sendiri
Kata-kata semangat

Menerusi video yang dikongsikan di Threads, Zain menzahirkan rasa simpati dan faham akan situasi sukar yang dilalui mereka, terutama melibatkan emosi seorang bapa.
Uqasha pun ada pendirian dia, jadi saya tak tahu siapa yang salah atau betul dan tak nak cakap siapa yang salah atau betul
Saya tak berpihak kepada Kamal Adli atau Uqasha, saya lebih kepada faham apa perasaan Kamal Adli sebagai seorang bapa.
Awak dah cuba yang terbaik dan sebagai seorang bapa, saya pun faham. Kita ada anak dan awak dah cuba sehabis baik untuk pertahankan hubungan dengan Uqasha dan sudah tentu untuk anak awak. Ia bukan sesuatu yang mudah, saya sangat faham.
Sebagai seorang bapa, Zain mengakui isu perpisahan adalah perkara yang paling ditakuti kerana memberi kesan terhadap anak.
Saya tengok apa yang awak lalui, saya tengok emosi awak. Berpisah dengan pasangan dan sebagainya adalah benda nombor satu yang saya paling tak naklah, menggerunkanlah.
Kamal Adli nampak kuat
View on Threads
Zain turut memuji ketabahan Kamal Adli yang dilihat masih mampu mengawal emosi dan meneruskan kelangsungan hidup meskipun sedang menempuh ujian berat.
Apa yang dia lalui, apa perasaan dia, tengok air muka dia pun tahu betapa beratnya dan betapa kuatnya dia berjuang untuk hubungan itu kekal dengan macam-macam yang berlaku. Tapi Kamal Adli, benda yang berlaku macam ni, insya-Allah ada hikmah.
Dan awak sangat kuat, dude. Saya puji awak, memang awak power bro. Awak sangat kuat, boleh bekerja dan tak hilang arah.
Meskipun menghormati keputusan kedua-dua pihak, suami kepada pelakon Rozita Che Wan ini tidak menolak sekiranya masih ada ruang untuk pasangan itu kembali bersama pada masa hadapan.
Tapi kalau ada jodoh… macam lagu Mariah Carey, Kamal Adli: if you let something go and it comes back, then it’s yours, kan?
Kau tahu ia memang milik kau. Jadi mungkin kau lepaskan kali ini, benda datang balik, mana tahu jodoh ada lagi?
Dalam pada itu, Zain turut memberi teguran kepada netizen dan peminat supaya tidak mengeruhkan keadaan dengan memberikan komen negatif atau berpihak kepada mana-mana individu.
Sumber: Threads Zain Saidin








