Pengacara dan penyampai radio terkenal, Faizal Ismail mendedahkan dirinya pernah ‘membahan’ dan menjadikan rakan pengacara sebagai bahan jenaka sewaktu mengendalikan Anugerah Juara Lagu (AJL) suatu ketika dahulu.
Artikel Berkaitan: Haziq Hussni Enggan Komen Kemelut Antara Elly Mazlein & Jihan Muse – ‘Apa Yang Berlaku Saya Tak Ikut Campur’
Rancang dulu sebelum buat
Walau bagaimanapun, pemilik nama Mohd Faizal Ismail memaklumkan bahawa segala bentuk gurauan yang dilakukan bersama Cheryl Samad dan Ally Iskandar pada ketika itu sudah pun dirancang terlebih dahulu bagi mengelakkan mana-mana pihak berkecil hati.
Zaman saya berada di pentas mengacarakan AJL, pada masa itu kita pun ada juga ‘membahan’ sesama saya, Cheryl dan Ally tetapi semuanya sudah dirancang maknanya setakat mana mereka boleh terima (gurauan).
Jadi apa berlaku di atas pentas masing-masing gembira dan tiada masalah tetapi saya lihat dalam keadaan sekarang ada pihak yang tak puas hati.
Mungkin mereka menggunakan platform itu untuk menyindir atau sekadar hanya mahu bergurau.
Bila dua-dua pihak tidak berada di tempat sama, boleh jadi satu lagi pihak itu berkecil hati dan tak boleh terima gurauan itu. Kita tak boleh salahkan dia juga.
Faizal berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media program Borak SeeNI yang bertempat di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Risiko dipandang serong
Dalam pada itu, Faizal berpendapat bahawa ‘pertengkaran’ yang berlaku antara pengacara di atas pentas boleh mendatangkan risiko kepada pengacara berkenaan yang akhirnya menerima impak negatif dan kecaman daripada netizen.
Bagi saya, sekiranya kontroversi ini dirancang dan dua-dua pihak bersetuju untuk publisiti ia akan menimbulkan risiko di mana satu pihak akan dipandang baik dan pihak lagi satu akan dipandang keji.
Netizen tidak faham kerana mereka akan menyebelahi kepada siapa mereka mahukan.
Saya rasa yang akan menjadi risiko adalah hos lama kerana hos baru tengah meningkat naik pasti yang lama akan menjadi bahan kecaman.
Nasihat buat rakan artis
@ohbulanofficial Faizal Ismail mendedahkan dirinya pernah ‘membahan’ dan menjadikan rakan pengacara sebagai bahan jenaka sewaktu mengendalikan Anugerah Juara Lagu (AJL) suatu ketika dahulu. #ohbulan #fyp #news #faizalismail #pernah #bahan #rakan #ajl ? original sound – OHBULAN!
Susulan itu, bekas penyampai radio Hot FM ini menasihati rakan artis agak menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat kerana sering dijadikan sebagai rujukan.
Sebagai seorang selebriti kita kena tunjukkan contoh baik kerana sering dijadikan rujukan. Ada orang memandang kita sebagai idola terutamanya dalam kalangan golongan muda.
Jangan rasa peranan selebriti itu tidak penting. Jadi saya minta hanya paparkan sesuatu yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Itu sahaja saya minta. Saya tahu semua orang ada sisi tidak baik tetapi janganlah ditonjolkan atau diwar-warkan kepada umum.