Penyanyi meningkat naik dari Indonesia, Fajar Noor menjelaskan perubahan imejnya kini tanpa tahi lalat di hidung yang dilakukan atas faktor kesihatan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fajar Noor Pilih Untuk ‘Jalan’ Terus, Mahu Fokus Kerjaya Seni – ‘Kita Pun Manusia, Pernah Buat Salah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fajar Noor Masih Solo, ‘Red Flag’ Dengan Wanita Tidak Tepati Masa

Buang tahi lalat

@ohbulanofficial

Penyanyi meningkat naik dari Indonesia, Fajar Noor menjelaskan perubahan imejnya kini tanpa tahi lalat di hidung yang dilakukan atas faktor kesihatan. #ohbulan #kinitrending

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Ketika ditemui OhBulan!, Fajar atau nama sebenarnya Fajar Nurdiansyah, 22, menafikan dakwaan bahawa dia membuang tahi lalat demi menjaga penampilan selepas namanya semakin dikenali.

Tambah pelantun lagu Apa Salah Aku itu, dia mengambil keputusan berkenaan selepas mendapat nasihat doktor yang memaklumkan tahi lalat tersebut telah menjadi ketumbuhan yang semakin membesar di bahagian dalam hidung.

Pembedahan itu bukan untuk jaga penampilan tapi untuk kesihatan. Saya buat pembedahan sebab menurut doktor tahi lalat itu sudah menjadi tumor (ketumbuhan) dan membesar di bahagian dalam hidung.

Jadi saya memang harus lakukan pembedahan. Jika tidak, dalam tempoh lima tahun mungkin akan jadi lebih teruk.

Fajar berkata demikian ketika ditemui pada Showcase ‘Sementara Selamanya’ yang berlangsung di Aloft KL Sentral, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai perubahan imejnya, Fajar akui tidak terlalu mempedulikan pandangan orang lain sebaliknya lebih mengutamakan aspek kesihatan dirinya.

Biarlah apa orang nak kata, mungkin mereka tak tahu sebab saya buang tahi lalat. Saya juga tak pernah menjelaskan perkara tersebut sebelum ini.

Apa yang paling penting saya buang untuk kesihatan.