berita

[VIDEO] Famili Duo 3: Haqiem Rusli & Ariff Bahran Dapat Markah Perfect 10! Mas Idayu Siap Ajak Duet

November 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

HAQIEM

Persembahan ‘outstanding’ daripada duo sepupu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran berjaya mendapat markah penuh daripada kedua-dua juri pada konsert keempat Famili Duo 3.

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Adira & Emma Suhaimi Jadi Diri Sendiri, Bawa Perangai ‘Gila-Gila’ Atas Pentas – ‘Kena Kecam Pun Tak Apa’

Artikel Berkaitan: Mummy Tak Rasa Awak Bagus Langsung’ – Bawa Isu Jiran Gaduh, Adira & Emma Suhaimi Raih Markah Tinggi

Juri puji & suka

haqiem ariff

Menurut juri iaitu Mas Idayu, dia sama sekali tidak menyangka bahawa mereka berdua mempunyai idea unik untuk mempersembahkan lagu-lagu bertemakan dangdut dan hindustan selain memuji vokal mereka yang sentiasa mantap.

Mummy sebenarnya bila Mummy tengok anda berdua kali ni mummy tak sangka idea awak. Mummy pandang awak penyanyi sahaja tapi Mummy tak sangka awak akan buat persembahan seperti ini.

Nanti duet dengan Mummy. Awak gelek tadi cantik tau! Mummy tak nak cari kesalahan. Keseluruhan awak paling consisten sekali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OHBULAN! (@ohbulanofficial)

Dalam pada itu, Ajai pula menyifatkan persembahan Haqiem dan Ariff sebagai satu persembahan yang di luar kotak kerana tidak membawa jalan cerita cliche.

Ini saya suka persembahan. Sebab saya tak mahu persembahan biasa Hindustan dan dangdut sebab syaa dah biasa nampak.

Kedai mamak pun boleh dijadikan cerita. Paling mengembirakan saya adalah apabila ada komunikasi dengan penonton.

Gali lagi supaya dapat apa yang tak pernah buat.

Haqiem Rusli dan Ariff Bahran membawa lagu Janam Janam, Goyang Inul dan Cintaku 100%.

FD3 dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×