berita

‘Mummy Tak Rasa Awak Bagus Langsung’ – Bawa Isu Jiran Gaduh, Adira & Emma Suhaimi Raih Markah Tinggi

October 29th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

adira FD3

Setelah dua minggu mendapat keputusan yang agak mengecewakan, Adira dan Emma Suhaimi mencipta kejutan selepas meraih markah tertinggi bagi minggu ketiga Famili Duo 2023 (FD3).

Artikel Berkaitan: Sharif & Syaiful Tawan Hati Juri Tetap, Dipuji Faham Erti Kerja – ‘Daripada Awal Sampai Akhir Mummy Suka’

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: ‘Mimpi Shila Tidak Ada Kena Mengena Dengan Saya, Hebat Netizen!’ – Sophia Albarakbah

Dapat pujian juri

adira FD3

Bertemakan rock, duo adik beradik itu turut meraih pujian juri selepas menunjukkan peningkatan yang mendadak selepas beberapa minggu yang menghampakan di FD3.

Menurut Ajai, meskipun Adira dan Emma mempersembahkan idea dan konsep yang bersahaja, tetapi mesej yang cuba disampaikan dalam persembahan mudah untuk difahami penonton.

Saya suka dan tak pernah terfikir dengan idea persembahan begini. Apa yang saya sukalah ialah outfit awak kerana rock tak semestinya outfit pun kena rock.

Yang bagusnya kamu boleh terfikir untuk jadikan isu jiran bergaduh nak bersaing sesama sendiri ni sebagai persembahan. Ia juga boleh dijadikan untuk sampaikan mesej juga, very transparent dan senang untuk orang faham persembahan awak.

Sejujurnya saya tak pernah lihat persembahan seperti ini.

Dalam pada itu, Mas Idayu berpendapat duo adik beradik itu sudah mula faham dengan konsep pertanding FD3.

Mummy tak rasa langsung persembahan awak berdua bagus sebab mummy rasa awak hebat.

Jauh sangat progress awak dari minggu-minggu yang lepas.

Mummy sayang korang berdua sebab korang dah faham dengan konsep pertandingan.

Menggabungkan dua buah lagu, Tiada Tangis Lagi dan Hukum Karma, Adira dan Emma berjaya meraih markah tertinggi setakat iaitu 19 jumlah keseluruhan dari Ajai dan Mas Idayu.

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my

SKIP THIS AD ×