![[VIDEO] Farah Lee Syukur Dikurniakan Fuad Hashim Sebagai Suami – ‘Sekarang Saya Tahu Bagaimana Rupa Hubungan Yang Sihat’](https://media.ohbulan.com/2025/03/farahlee.jpg)

Aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee meluahkan rasa syukur dikurniakan suami seperti Muhammad Fuad Hashim kerana berhasil membina hubungan yang sihat bersamanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ally Iskandar Hadir Majlis Resepsi Farah Lee – ‘Alhamdulillah, Saya Bersyukur & Gembira’
Artikel Berkaitan: Farah Lee Tamat Zaman Ibu Tunggal, #GoodluckFuad Untuk Suami
Kembali percaya cinta

Menerusi muat naik di TikTok, pemilik nama Nurfarahin Romli berkata selepas diceraikan dia mengambil masa lapan tahun untuk kembali mempercayai cinta.
Bagaimanapun, ia membuahkan hasil kerana hubungan perkahwinan kali kedua ini menunjukkan tanda-tanda yang sihat.
Sekarang saya tahu bagaimana rupa hubungan yang sihat dan saya berterima kasih kepadanya untuk itu.
‘Happy for you’


Untuk makluman, Farah kembali bergelar isteri selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal.
Sebelum ini Farah dan pengacara dan personaliti televisyen, Ally Iskandar pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 namun disahkan bercerai pada 17 Ogos 2016.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia 10 tahun.
Ally kemudian menamatkan zaman dudanya dengan berkahwin kali kedua bersama Marina Ibrahim pada 22 Jun 2019.
Sumber: TikTok







![[VIDEO] Abiejam Jelaskan Tujuan Belanja RM12,000 Beli Squishy Untuk Kanak-Kanak – ‘Saya Tahu Ramai Ibu Tidak Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/abiejam-2.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Prince Syed Berpakaian Wanita? Penampilan Cetus Tanda Tanya Netizen](https://asset.ohbulan.com/2026/09/prince-syed-16.jpg)