![[VIDEO] Farah Lee Tangguh Pembedahan Cyst, Tumpu Misi Kemanusiaan – ‘Saya Tunggu Lepas Raya’](https://asset.ohbulan.com/2026/01/farah-lee-333.jpg)
Pempengaruh media sosial dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee berkongsi dirinya kini sedang mempunyai masalah kesihatan dan perlu menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan ‘cyst’.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Ambil Pensel Di Restoran Untuk Kegunaan Sendiri Atau Anak, Bukan Hak Kita’ – Farah Lee
Artikel Berkaitan: ‘Saya Style Kacip Tapi Tak Sempat Sebab Banyak Komitmen’ – Farah Lee
Tangguh pembedahan

Ketika ditemui OhBulan!, Farah atau sebenarnya Nurfarahin Romli, mendedahkan bahawa ketumbuhan tersebut sudah disedarinya sejak lebih dua tahun lalu, namun kini ia semakin membesar.
Saya memang dah lama sedar ada cyst, tapi dulu tak besar sangat.
Sejak kebelakangan ini kesihatan saya tak berapa baik, hormon pun tak seimbang, ditambah dengan post traumatic syndrome, jadi cyst itu membesar dengan cepat.
Bagaimanapun, Farah memaklumkan bahawa dia perlu menangguh pembedahan tersebut sehingga Syawal tahun ini kerana komitmennya terhadap misi kemanusiaan.
Tambah Farah, keputusan itu diambil kerana keadaan tersebut tidak membahayakan kesihatannya.
Ada ketumbuhan yang dah agak besar dan memang perlu dibedah. Cuma saya belum sempat nak buat pembedahan sebab jadual misi yang padat.
Jadi saya tangguhkan dulu dan tunggu lepas raya. Buat masa sekarang ini saya fokus misi dulu.
Farah berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana dan sidang media filem The Voice of Hind Rajab yang berlangsung di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada Selasa.
Teruskan misi
Sementara itu, Farah turut berkongsi tentang misi kemanusiaan yang akan disertai bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskannya iaitu Childrity ke beberapa buah negara termasuk Indonesia, Laos, Syria dan Afghanistan.
Beberapa hari selepas pulang dari Acheh saya akan ke Laos pula bagi membantu komuniti Muslim di sana.
Sepanjang Ramadan ini, saya memang tidak berada di Malaysia kerana akan ke Syria dan Afghanistan.





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)