Penyanyi dan personaliti media sosial, Farez Adnan memberi bayangan seolah-olah keluarganya menjadi mangsa perbuatan sihir daripada individu yang tidak didedahkan identitinya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Buat ‘Kerja Gila’, Farez Adnan Beli Tiket Ke Jeddah – ‘Tiba-Tiba Hati Ini Nak Sangat Ke Rumah Allah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farez Adnan Tegur Segelintir Kenalan Minta Nyanyi Percuma, Mohon Faham Konsep ‘Cari Rezeki’ – ‘Kadang Orang Luar Lebih Hargai Kita’

Penyakit ain

@farezadnanofficial

Doakan Mak dan keluarga saya ya 😘 Yang dengki tu saaya doakan awak taubat. Semoga Allah limpahkan lagi rezeki pada keluarga saya

♬ original sound – Farez Adnan – Farez Adnan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Farez atau nama sebenarnya Muhd Fareezuan Adnan, 31, mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit ain.

Menurut Farez, dia kini tidak lagi memuat naik kandungan yang melibatkan ahli keluarganya susulan bayangan yang diberikannya seakan berkaitan dengan unsur sihir.

Hati-hatilah dengan penyakit ain.

Ramai tanya kenapa saya dah lama tak muat naik konten dengan mak atau keluarga.

Penyakit ain adalah benar. Sihir adalah benar.

Tegas Farez, Allah maha berkuasa sekali gus mengingatkan mana-mana individu yang berniat jahat supaya sentiasa mengingati kifarah atas setiap perbuatan mereka.

Allah mungkin izinkan awak hantar pada saya dan keluarga saya. Satu perkara yang awak kena ingat, kifarah itu ada.

Inilah sebab kenapa saya tidak lagi muat naik konten yang melibatkan keluarga saya.

Siapa yang ada niat tak baik itu, lupakan saja lah.

Allah lebih berkuasa dari awak.

Sumber: TikTok @Farez Adnan