Penyanyi dan personaliti media sosial, Farez Adnan tampil menjelaskan dakwaan menggunakan jalan pintas untuk raih pendapatan.

Artikel Berkaitan: Dituduh Membazir Buat Rawatan Muka Di Korea Selatan, Farez Adnan Respon – ‘Tak Pakai Duit Kau Pun, Dekat Sana 3 Kali Ganda Lagi Murah’

Artikel Berkaitan: ‘Lagu Ini Bukan Rekaan, Kisah Benar Hidup Mas Idayu’ – Farez Adnan

Usaha sendiri

@farezadnanofficial

Replying to @Norihan Said sorry but.. i have to answer this . Saya kerja tau. Bukan goyang kaki.

♬ [Raw recording] Record playback noise 01 (3 minutes) – Icy Light

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, , Farez atau nama sebenarnya Muhd Fareezuan Adnan, 30, dilihat menjawab komen seorang netizen yang mendakwa hidupnya mewah dengan hanya menjadi anak seni.

Ujarnya, dia berusaha seawal belasan tahun untuk meraih impian yang disimpan.

Saya menyanyi dari usia saya 19 tahun. Sekarang umur saya dah 30.

Allah janjikan kita usaha, Allah bagi rezeki.

Ayat awak itu kena betul kan. Bukan untung jadi penyanyi tapi untung kalau kita kerja keras.

Ramai saja penyanyi yang tak mampu dan ramai yang kaya raya.

Bukan satu kerja, berpuluh-puluh kerja kita buat.

Murah rezeki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan pelantun lagu ‘Air Titik Ke Batu’ itu mengenai usaha tidak akan mengkhianati hasil. Selain itu, warganet turut berpendapat keikhlasan Farez menjaga ibu bapanya punca utama rezekinya sentiasa dipermudahkan.

Sumber: TikTok @farezadnan