berita

[VIDEO] Fasha Sandha Berendam Dengan Suami Dalam Tab Mandi Bikin Netizen Tak Senang Duduk

September 14th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Fasha Sandha

Perkongsian terbaharu di Instagram milik pelakon jelita Fasha Sandha sekali lagi menyorot perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: Baju Terbelah Sampai Paha Sambil ‘Cat Walk’, Netizen Tazkirah Fasha Sandha – ‘Makin Lama Makin Tak Malu’

Artikel Berkaitan: Afieq Shazwan Minta Izin Aidil Aziz Lakonkan Adegan Mesra Dengan Fasha Sandha – ‘Dia Memahami’

Berendam dengan suami

Fasha Sandha

Menerusi hantaran itu, Fasha memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan dia dan suaminya, aktor Aidil Aziz sedang berendam di dalam tab mandi.

Pada video berkenaan, Fasha dilihat hanya mengenakan singlet berwarna hitam manakala Aidil dilihat tidak memakai baju sehingga menampakkan tubuh badannya yang sasa.

Klip berdurasi 10 saat itu turut menyaksikan pasangan itu melakukan beberapa aksi mesra seperti berpelukan dan berlaga pipi.

Difahamkan video tersebut dimuat naik sebagai salah satu ‘marketing’ bagi mempromosikan produk terbaharu milik Fasha.

Sementara itu, aktres berusia 39 tahun itu dilihat tidak meletakkan sebarang kapsyen yang panjang sebaliknya hanya menulis ‘my forever love’ beserta satu tarikh dipercayai hari pelancaran produknya.

‘Tak suka tak apa’

Fasha Sandha

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang kurang senang dengan perkongsian tersebut dan meluahkan rasa kecewa dengan tindakan ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Mungkin tujuan post ini untuk bagi tahu mereka pasangan paling sweet. Orang bijak dan cerdik sahaja yang tidak akan tunjuk benda macam ini pada umum.

Saya minat sungguh dengan semua lakonan Fasha tapi kecewa lama-lama bila tengok semua posting dia.

Tidak berdiam diri, pelakon drama Khilaf Asmara itu sempat menjawab komen tersebut dengan mengatakan dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang tidak menyukai dirinya.

Tak suka tidak mengapa. Tiada masalah. Oh saya tak pernah padam gambar sesiapun di IG saya.

Gambar bekas suami pun masih ada dalam IG saya, gambar saya pun masih ada dalam IG bekas suami.

Kami bukan jenis bitter punya manusia. Kami sentiasa positif dan reda. Apa pun terima kasih atas teguran itu.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)


Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×