![[VIDEO] Fattah Amin Hormat Keluarga Amira Othman, Enggan Kongsi Kisah Cinta Secara Terbuka – ‘Cinta Itu Wujud’](https://media.ohbulan.com/2025/05/fattah-amira.jpg)
Pelakon Fattah Amin memilih untuk menyimpan kisah cinta secara peribadi demi menghormati pihak yang terlibat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Nafi Bakal Kembali Bergelar Suami 25 Mei Ini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Simpati Dengan Fazura, Didakwa Berhutang RM4.65 Juta – ‘Dia Bukan Orang Lain, Ibu Kepada Anak Saya’
Menghormati keluarga Amira
@jik394 interview Fattah Amin#fattahmirafattahmira ? original sound – wadidaw wow.wow??
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin akui masih mempercayai cinta walaupun selepas diuji dengan kegagalan rumah tangganya bersama bekas isteri, Fazura.
Bagaimanapun, Fattah enggan menyuarakan kisah cinta secara terperinci kerana menghormati rakan kerjanya, Amira Othman serta pihak keluarga.
Cinta itu memang wujud lah.
Kalau boleh saya mahukan perkara ini tidak diceritakan secara terbuka.
Saya pun tak boleh nak cerita lebih-lebih, saya kena hormat Amira dan keluarganya.
Tambah pelakon berusia 34 tahun itu, dia akan berkongsi kisah cinta secara terbuka jika hal itu menerima doa yang baik.
Ianya bergantung.
Kalau rasa tak manis untuk berkongsi, kita jangan kongsi.
Kalau perkara itu ada kemanisan, membuatkan orang lain rasa senang, kita kongsi.
Selagi kita jaga batas, sudah cukup.
Sesi temu ramah ini dijalankan di program Nona yang merungkai sisi Fattah Amin dengan lebih dalam dan terperinci.
Sumber: TikTok @jik394