Pelakon Fazura meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir warganet yang gemar melemparkan komen-komen negatif terhadapnya.

Artikel Berkaitan: Pemilihan Fazura Bukan Untuk Balas ‘Dendam’ – ‘Tiada Niat Melagakan, Perbincangan Dibuat Lapan Bulan Lepas’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Koleksi Baju Raya Laris Terjual, Fazura Luah Rasa Syukur – ‘Sebesar Zahrah Pun Saya Tiada Kuasa, Semua Daripada Allah’

Komen melampau

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, itu mendakwa terdapat komen-komen negatif yang disifatkan melampaui batas kerana melibatkan arwah bapa dan juga anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

Kadang-kadang kita diam tetapi mereka lagi suka. Tapi kita ‘usik’ balik, mereka marah dan tak suka padahal kita gurau-gurau saja.

Mereka buat saya lagi teruk, mengata arwah bapa saya dan Fatima. Saya gurau sikit mereka koyak, marah-marah saya kata tak classy. Saya tak pernah kata pun saya classy.

Menurut Fazura, selama dua tahun dia berdiam diri daripada memberikan respon dan hanya berserah pada Allah SWT meskipun dilempar dengan pelbagai tomahan.

Sudah dua tahun saya tak layan. Dalam dua tahun ini, saya kena macam-macam..saya dibuli dan difitnah.

Saya diam sahaja dan serah pada Allah. Sebab kita semua manusia, Allah jadikan saya dan anda semua.

Fazura bersuara

Justeru, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu mempertahankan dirinya dan bertindak untuk bersuara, namun masih ada segelintir warganet yang kurang senang.

Buat apa saya nak fikir apa yang orang kata? Tapi saya pun manusia juga, kadang ada yang saya rasa ia melebih sangat dan terkeluar juga ‘kenakalan’ saya.

Tetapi saya tidak mencaci atau mencarut mereka, tidaklah sampai ke tahap itu.

Namun, mereka marah saya lagi teruk. Habis bila awak semua berkata, saya hanya berdiam saja? Awak semua nak suruh saya diam, supaya boleh enjoy dengan gosip, fitnah dan mengata saya yang bukan-bukan.

Sebab itu tak nak saya bersuara, betul tak? Bila saya bersuara marah, padahal sikit sahaja.

Sumber: TikTok