![[VIDEO] Fazura Mohon Peminat Henti Provokasi & Fitnah – ‘Dari Hari Ini Kita Mula Berharmoni’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/fazura2.jpg)
Pelakon dan usahawan, Fazura tampil memohon kepada orang ramai, khususnya para peminat agar menghentikan sebarang provokasi terhadap dirinya.
Artikel Berkaitan: ‘Ingatlah Sayang..Semuanya Kerana Hanya Yang Terbaik Buatmu, Mommy Sayang Fatima’ – Fazura
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Hilang Sabar, Dakwa Akaun ‘Musang Berjanggut’ Sebar Fitnah Melampau – ‘Dah Tiba Masa Kita Semua Report’
Henti provokasi

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, berharap agar para peminat dapat menerima bahawa dia serta bekas suami, Fattah Amin sudah membawa haluan masing-masing,
Fazura yang dilihat tidak dapat menahan air mata itu menegaskan bahawa fokus kini adalah untuk membesarkan anak mereka, Fatima Aisyah dengan sebaik-baiknya.
Saya mohon kepada anda semua cukuplah jangan ganggu saya lagi, saya minta kepada anda semua biarlah saya membesarkan Fatima dengan sebaik-baiknya.
Ingatlah jodoh, ajal dan maut Allah sudah tentukan. Harap peminat-peminat saya dan Fattah, terimalah bahawa sudah tiada jodoh antara kami. Daddy Fatima pun dah ada keluarga sendiri dan saya pun ada kehidupan saya.
Raikan dan doakan kami.
Menurut Fazura, dia dan Fattah sebelum ini bertemu untuk membincangkan berkenaan perkara tersebut.
Seperti mana yang saya katakan kepada Fattah, selagi tidak ada lagi provokasi atau kata-kata yang tidak baik daripada peminat-peminat, bererti tiadalah lagi perbalahan.
Dari hari ini, kita mula berharmoni. Sudah cukuplah dengan provokasi, fitnah, cacian sebab kita semua makin dewasa.
Itulah kejadian yang berlaku pada hari Ahad baru-baru ini, di mana saya sudah berjumpa dengan daddy Fatima, kami pun sudah sepakat dan sebagainya.
Justeru, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu menasihati para peminat supaya tidak lagi mengeruhkan keadaan, sebaliknya terus memberikan sokongan secara matang dan menghormati kedua-dua belah pihak.
Ini apa yang saya janji dengan daddy Fatima dan saya harap dia pun lakukan benda yang sama.
Saya ingin beri nasihat terutama kepada ‘haters’, tenangkanlah jiwa, fokus untuk perbaiki diri dan ingatlah apa sahaja yang awak buat sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada Fatima.
Saya perlu gembira, bekerja dan besarkan anak saya sebaik-baiknya.
Itu sahaja yang saya harapkan. Saya ucapkan terima kasih kepada peminat, saya tahu awak semua sayangkan saya tapi bermula dari sekarang kita cuba bersabar dan tahan emosi demi keharmonian semua.
Sumber: Threads






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

