![[VIDEO] Fazura Nasihat Tidak Perlu Campuri Urusan Rumah Tangga Kamal Adli & Uqasha Senrose – ‘Kita Doa Yang Terbaik’](https://asset.ohbulan.com/2025/10/fazura-dua.jpg)
Penyanyi dan usahawan, Fazura menasihatkan orang ramai supaya tidak mencampuri hal rumah tangga pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang kini berada di ambang penceraian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’
Artikel Berkaitan: Tak Pernah Tayang Kemewahan, Gaya Hidup Fazura Dipuji Netizen – ‘Kaya & Humble’
Jangan campur hal rumah tangga orang
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkata sebagai umat Islam kita hendaklah berhenti membuat spekulasi tentang rumah tangga mereka.
Sebaliknya, bekas isteri kepada pelakon kacak, Fattah Amin itu menyeru agar orang ramai mendoakan mereka berdua menemui pengakhiran yang baik.
Kita doa yang terbaik untuk Uqasha dan juga Kamal. Sebagai umat Islam janganlah kita campur hal rumah tangga orang.
Sama ada disuruh pilih team Uqasha atau Kamal, no team-team. Itu adalah urusan rumah tangga mereka berdua sahaja.
Biarlah mereka selesaikan berdua saja selesaikan. Kita doa yang baik-baik, yang Allah redha. Itulah yang terbaik buat mereka.
Tidak bermoral
Dalam pada itu, pelakon drama Hero seorang Cinderella itu berkata tindakan mencampuri hal rumah tangga orang adalah satu perbuatan yang tidak bermoral.
Janganlah nak condem Uqasha atau Kamal. Itu urusan mereka berdua saja. Hanya mereka berdua saja tahu baik buruk masing-masing.
Dan nampaknya mereka sekarang dalam proses muhasabah diri.
Kita jangan campur urusan rumah tangga orang, itu adalah sifat-sifat atau perangai yang tidak baik dan tidak bermoral.
Dalam kesempatan itu, Fazura juga menitipkan pesanan terutamanya para wanita.
Saya nasihatkan diri saya juga dan semua, jangan campuri hal rumah tangga orang.
Kita melihat terutamanya para wanita janganlah condem wanita lain. Tidak kisah anaknya satu, dua atau tiga tidak kisah. Masing-masing ada struggle sendiri.
Yang penting kita jangan menghakimi mereka dan jadilah umat Islam dan manusia yang baik.
Kita kena bagi motivasi. Kalau tiada benda baik yang nak dikatakan, lebih baik berdiam diri.
Sumber: Threads