![[VIDEO] Fila & Adama ‘Reveal’ Wajah Cahaya Mata, Netizen Tak Henti Puji Comel – ‘Macam Anak Kylie Jenner’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/fila-adama1.jpg)
Personaliti media sosial dan usahawan, Fila Amir dan suami, Adama baru-baru ini melangsungkan majlis akikah untuk anak perempuan mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fila Amir Bidas Komen Negatif, Tunjuk Kehidupan Bahagia Dengan Keluarga Suami Di Afrika
Artikel Berkaitan: ‘Dah Dua Bulan, Nak Tengok Muka Baby’ – Fila Amir ‘Sekolahkan’ Netizen, Mahu Elak Penyakit Ain
Majlis akikah
Menerusi perkongsian di TikTok, Fila atau nama lengkapnya Nur Afilah Amir Rusdi memuat naik momen sepanjang majlis tersebut.
Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar.
Paling mencuri perhatian adalah pasangan usahawan tersebut akhirnya mendedahkan wajah puteri mereka yang bernama Assara Adama Camara itu.
Bayi yang comel

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet jatuh hati dengan kecomelan anak mereka.
Dalam pada itu, mereka juga mengatakan wajah Assara seiras dengan anak kepada selebriti dan usahawan Holywood, Kylie Jenner iaitu Stormi.
Terdahulu, Fila memilih untuk tidak mendedahkan wajah anaknya supaya terhindar daripada penyakit ain.
Sekadar info, Fila dan Adama selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama pada 14 Mei lalu selepas 5 tahun menjalani persenyawaan in vitro (IVF).
Untuk rekod, Fila dan Adama yang berasal dari Guinea, Afrika mendirikan rumah tangga mereka pada 26 April 2019.
Sumber: TikTok Fila Amir





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

