Menerusi posting di Instagram, pelakon Zarina Anjoulie dipercayai selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Datuk Seri Khazrul Elzey. Tahniah!
Artikel berkaitan: ‘Kalau Anju Marah, Anakanda Keluar Sekejap Rumah Jangan Lawan’ – Zarina Anjoulie Cucu Kerabat Diraja?
Loving my new family
Zarina atau lebih mesra disapa dengan panggilan Anju turut berkongsi beberapa foto sekitar majlis pertunangannya itu, semalam.
Syukur Alhamdulillah untuk hari ini. Thank you so much for today. Loving my new family (menyayangi keluarga baru saya).
Pada masa yang sama, Zarina turut berkongsi klip video majlis yang berlangsung itu di Tik Tok.
@elzey_anjoulielavocah #fyp Terima kasih #Allah #zarinaanjoulie
Akhirnya, awak kini separuh menjadi milik saya. Terima kasih Allah atas segalanya.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Zarina kelihatan sangat gembira sambil menunjukkan cincin yang tersarung di jari manisnya. Perkongsian Zarina itu turut mendapat perhatian dari pengikutnya dan rakan artis yang turut mengucapkan tahniah serta mendoakan hubungan mereka akan ke jenjang pelamin.
Sumber: Zarina Anjoulie