Di TikTok, viral beberapa rakaman video di mana pelakon, Zarina Anjoulie dilihat membawa kekasihnya, Datuk Sri Khazrul Elzey berjumpa dengan keluarga sebelah bapanya. Lebih mencuri perhatian, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju merupakan cucu kepada kerabat diraja negeri Kelantan iaitu Y.M Tengku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim.
Artikel Berkaitan: Teman Lelaki Zarina Anjoulie Hadiahkan Rumah Di Kawasan Perumahan Elit – ‘I Love You Mama’
Artikel Berkaitan: ‘Tolong Biarkan Saya Bergembira Dengan Teman Lelaki’ – Zarina Anjoulie
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kekasih Zarina Anjoulie Ajak Beli Tudung, Netizen Percaya Boleh Dididik – ‘Anju Wanita Yang Baik’
Keluarga sebelah bapa
@abot_anjoulie Keluarga sebelah bapa anju terima kasih Daddy Fahizul bawa saya bertemu nenda (grandma) Anju Y.M Tunku Dato Faridah Ibni Sultan Ibrahim. Terima kasih Mak Engku (Ninda) nasihat Mak Engku kepada anakanda “kalau anju marah anakanda keluar sekejap rumah jangan lawan jangan gaduh kena bersabar” InshaAllah Ninda, anakanda akan menjaga Anju cucu ninda dengan baik. Terima kasih kepada TengkuCik dan Nik Fazirudean and Nik Faris. Tqvm to wish me welcome in your family’s #fyp #zarinaanjoulie I love you all till Jannah
Keluarga sebelah bapa Anju. Terima kasih Daddy Fahizul bawa saya bertemu nenda Anju, Y.M Tunku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim.
Menerusi video tersebut juga, nenda kepada Anju turut memberi nasihat kepada Elzey agar banyak bersabar apabila sudah berumah tangga dengan cucunya, kelak.
Terima kasih Mak Engku (nenda) nasihat Mak Engku kepada anakanda ‘Kalau Anju marah anakanda keluar sekejap rumah jangan lawan jangan gaduh kena bersabar’. InsyaAllah Nenda, anakanda akan menjaga Anju cucu nenda dengan baik.
Pada masa yang sama, Elzey turut berterima kasih kepada keluarga Anju kerana menerima baik kedatangannya.
Terima kasih kepada Tengku Cik, Nik Fazirudean dan Nik Faris. Thank you very much to wish me welcome in your family’s. I love you all till Jannah.
Sumber: TikTok