Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki yang bekerja sebagai penjawat awam tampil membuat pengakuan bahawa dia mula mengambil dadah jenis syabu sejak berusia 15 tahun.
Artikel Berkaitan: Wanita Diumpan Dengan Dadah Sebelum Dipukul & Dirogol
Nak dapat 8A PMR
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Sinar Harian, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Ammar itu berkata, tujuan dia mengambil syabu adalah untuk membantunya memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada ketika itu.
Saya ambil syabu untuk tambah tenaga semasa belajar di Tingkatan Tiga tetapi tidak sedar akhirnya terjebak jadi penagih dadah.
Ammar yang kini sudah berumah tangga menjelaskan bahawa dadah jenis syabu dipercayai dapat membantunya menambah tenaga dan menjadikan matanya lebih segar dan tahan lama ketika mengulang kaji pelajaran.
Saya mengambil syabu kononnya untuk ‘stay up’ lebih lama semasa mengulang kaji pelajaran, tetapi akhirnya berlanjutan sehingga bekerja di sebuah farmasi.
Ketika itu, saya memperoleh sumber bekalan dadah syabu daripada abang senior di sekolah.
Tambah bapa kepada dua orang anak itu lagi, meskipun sudah berumah tangga dia masih mengambil barang terlarang itu sehinggalah isterinya menasihatkan untuk mendapatkan rawatan pemulihan.
Cadangan itu pada permulaannya berat untuk diterima, namun akhirnya saya mengalah demi cinta kepada isteri, anak-anak dan keluarga.
Ini satu pengorbanan besar demi keluarga dan insan tersayang.
Berjaya ubah kehidupan
Sementara itu, Ammar memaklumkan bahawa dia tidak menyangka kerana dirinya sudah mampu berubah setelah 10 bulan berada di pusat pemulihan itu secara sukarela.
Saya mengambil pelbagai jenis dadah sebelum ini dan tidak menyangka saya kini boleh berubah.
Ingatkan hanya perlu menjalani program detokfikasi bagi membuang ketagihan dadah, rupanya pelbagai aktiviti bermanfaat dilakukan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen).
Sejujurnya, di sini sebenarnya banyak membantu saya untuk berubah dan menjadi insan lebih baik, seterusnya menjalani kehidupan normal.
Menurutnya lagi, keputusan memilih untuk mendapatkan rawatan di Puspen adalah satu tindakan tepat menjadi insan berguna.
Sumber: Sinar Harian