berita

[VIDEO] Gadis Menangis, Wajah Dihina Teman Wanita Bekas Kekasih – ‘Muka Berlubang, Dah Macam Jalan Tar Rosak’

February 15th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang gadis menangis kesedihan di dalam kereta kerana dihina oleh seorang individu yang dipercayai merupakan kekasih baharu bekas teman lelakinya.

Gadis menangis, wajah dihina

Menerusi video pendek yang dimuat naik di TikTok, gadis berkenaan berkongsi mesej suara yang dipercayai dihantar oleh teman wanita bekas kekasihnya itu. Lebih meruntun hati apabila individu itu dengan selambanya menghina wajah gadis terbabit yang dikatakan berlubang seperti ‘jalan tar’.

Carilah skin care ke, kalau tak boleh kau pakai je produk merkuri bagi licin sikit muka tu. Tak ada lah macam jalan tar. Aku tengok teruk sangat tu, berlubang pula. Ibarat macam jalan tar rosak, berlubang-lubang.

Dakwa gadis itu lagi, dia langsung tidak mengenali teman wanita bekas kekasihnya itu malah tidak tahu mengapa dia dihina sebegitu rupa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya akui geram dengan kata-kata sindiran wanita terbabit. Tidak kurang juga, ada memberi kata-kata semangat buat gadis ini dan memintanya agar tidak menghiraukan hinaan daripada wanita terbabit.

Video

@sailormoons4 she dont know how hard i try:( #foryourpage #fyp #hurtmyfeelings #foryourpageeee ? Untukmu Aku Bertahan – Afgan


Sumber: Sailormoons4

SKIP THIS AD ×