![[VIDEO] Gara-Gara Kantoi Bawa Balik Teman Wanita, Suami Sanggup Bakar Isteri Sendiri](https://media.ohbulan.com/2021/02/suami_curang_bakar.jpg)

Kehidupan dalam berumah tangga tidak akan lari dengan pelbagai cabaraan yang mendatang. Bahkan, lagi menyedihkan bila wujudnya orang ketiga yang boleh menghancurkan kebahagiaan rumah tangga itu.
Seperti kes yang terjadi di Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia, apabila si isteri telah dibakar hidup-hidup oleh suaminya sendiri. Kejadian ini bermula, apabila segala tipu helah suaminya selama ini terbongkar oleh si isteri.
Suami kejam

Foto: Tribun News
Menerusi laporan yang dipetik oleh Tribun News, isterinya yang dikenali sebagai Ra, 20 tahun, telah dibakar hidup-hidup oleh suaminya sendiri yang dikenali sebagai Junanda, 21 tahun. Kisahnya bermula, apabila Junanda marah akan isterinya selepas Ra mengetahui dia membawa pulang teman wanitanya ke rumah mereka.
Akibat salah faham yang berlaku, Junanda tidak berpuas hati dengan isterinya lalu sanggup membakar isterinya di rumah mereka. Susulan daripada insiden tersebut, Ra mengalami 70% luka akibat kesan terbakar itu.
Video kejadian
View this post on Instagram
Malahan, video si isteri telah dibakar oleh suaminya sendiri juga tular di media sosial. Menerusi video tersebut, dapat dilihat keadaan rumah mereka yang terbakar dan pada masa yang sama orang awam menjerit bagi mendapatkan bantuan. Ketika kejadian berlaku, si suami cuba untuk melarikan diri selepas membakar isterinya.
Namun, suspek sudah berjaya ditangkap dan pihak polis berjaya menembak kakinya kerana cubaannya untuk mencederakan anggota polis yang sedang bertugas ketika itu. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 10 tahun.
Sumber: Tribun News







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)