![]()
Tidak dinafikan setiap kanak-kanak pasti mempunyai keletah serta gelagatnya yang tersendiri.
Jika sebelum ini OHBULAN! pernah berkongsi video comel gelagat puteri tunggal Erra Fazira dalam menyiapkan biskut Gingerbread, terbaru kami ingin kongsikan pula video comel anak pelakon terkenal, Rita Rudaini sewaktu berada di rumah.
Meskipun sibuk menjalankan perniagaan kosmetik kecantikan serta padat dengan rutin kerjayanya sebagai seorang pelakon, nampaknya Rita masih sempat meluangkan masa dan menemani anak-anaknya di rumah.
Melihat sahaja video-video yang dikongsikan oleh dramatis tersebut, itu sudah cukup menunjukkan bahawa Rita sememangnya seorang ibu yang prihatin dan penyayang.
![]()
Gelagat comel Arjuna kejut abangnya, Rayyan bangun tidur
Sekitar minggu lalu, Rita Rudaini telah memuat naik sebuah video menerusi laman Instagramnya dengan caption berbunyi :
![]()
Melihat sahaja caption tersebut, pasti ramai tertanya-tanya apakah maksud sebenar Rita, adakah anaknya yang masih kecil itu sudah pandai merempit dan menunggang motorsikal seperti anak-anak muda sekarang?
Ingin tahu apakah makna sebenar disebalik caption tersebut? Jom layan video comel anak-anak Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna selepas ini :
Kredit Video : Instagram Rita Rudaini
![[VIDEO] Nyanyian Negaraku Siti Nurhaliza Di MotoGP Sepang Buat Ramai Terpegun](https://media.says.com/2026/11/ctspci-scaled.jpg)




![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)