berita

[VIDEO] Gelagat Lucu Yoe Parey Cuba Mengorat Bella, Minta Izin Jadi Menantu

October 4th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Youtuber, Syahmi Sazli semakin terkenal dan mendapat tempat di hati masyarakat apabila menghasilkan banyak ‘Drama Spontan’ yang melucukan di akaun Youtubenya. Mengambil Asif dan Yoe Parey sebagai pelakon utama, ternyata setiap drama yang dihasilkan sentiasa ditunggu-tunggu oleh netizen.

Terbaru menerusi Instagram Syahmi, dia memuat naik satu video yang menampilkan Yoe Parey bersama Bella Astillah serta keluarganya di sebuah restoran. Jika sebelum ini Yoe pernah mengajak Bella untuk couple, kini dia semakin berani ‘meminta restu’ daripada ibu pelakon berkenaan untuk menjadi menantu. Sumpah kelakar!

Rindu sangat dekat Bella

https://www.instagram.com/p/B3KIt7NntjB/

Menerusi video yang dimuat naik, Bella bertanya kepada Yoe kenapa tidak menghubunginya selepas perjumpaan tempoh hari. Mereka sempat berseloroh sebelum pelakon itu menyuruh Yoe meminta izin daripada ibunya sendiri tentang perhubungan mereka. Jawapan setuju yang diberikan ibu Bella, membuatkan Yoe gembira dan menunjukkan telatah lucunya. Netizen turut merasai perkara yang sama lalu membanjiri ruangan komen video tersebut.

Ajak Bella couple

https://www.instagram.com/p/B2DlQ1AnmEI/?hl=en

Sebelum ini Yoe pernah memberitahu Bella bahawa dirinya suka akan Bella. Pelakon itu turut memberitahu hal yang sama dan menyatakan Yoe seorang yang comel.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen kagum dengan keberanian Yoe melamar Bella. Netizen turut meninggalkan komen kalakar apabila Yoe mampu mengalahkan lelaki -lelaki yang meminati Bella di luar sana.

Sumber: Syahmi Sazli

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×