Penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari sekali lagi meraih perhatian netizen ketika di majlis ulang tahunnya yang ke-40, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Bunga Citra Lestari Dikecam Tayang Lurah Di Kelab Malam – ‘Panas Suamimu Di Bawah Sana’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Apa Haiwan Berbulu Tu? Bukan Main Goyang Ekor Dia’– Kelibat Anjing Dalam Rumah BCL Undang Kritikan Netizen
Artikel Berkaitan: Pakai Penampilan Sopan Ketika Bercuti, Netizen Puji Bunga Citra Lestari
Sambutan ulang tahun
Menerusi video yang dimuat naik seorang individu di TikTok, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan panggilannya BCL dilihat di sebuah pusat hiburan bersama rakan-rakan terdekat bagi meraikan hari bahagianya.
Dalam video itu, BCL yang berpakaian ‘dress’ hijau itu meraih perhatian netizen dengan cara doanya sebelum dia meniup lilin di kek hari jadinya.
Tindakannya itu menjadi persoalan warganet kerana seakan seperti individu bukan beragama Islam.
@kiaisauraaa #bungacitralestari #bclsinclair #teambcl #kiaisaura #bclicious #sisters #family @BCL Official
Islam ke tak?
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet mempertikaikan cara pelantun lagu ‘Wanita Terbahagia’ itu berdoa dan tertanya-tanya jika dirinya masih beragama Islam. Namun begitu, terdapat juga netizen yang terus mendoakan BCL agar diberikan hidayah buatnya.
Sumber: TikTok @kiaisauraaa