Allah SWT beri setiap manusia ada potensi atau kelebihan tersendiri. Seorang lelaki menunjukkan bakat terpendam apabila berjaya menghasilkan sebuah potret menggunakan permainan ‘rubik cube’.
400 rubik cube digunakan
@abam.takafulAl Fatihah Buat Almarhumah Siti Sarah ##sitisarah? original sound – dekwaaaaaa
Pemuda yang dikenali dengan nama Zabli Ab Hadi telah memukau ramai orang apabila melakukan potret yang memaparkan pasangan selebriti yang juga pelawak dan penyanyi Shuib dan arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.
Difahamkan, untuk menyiapkan karya itu Zabli menggunakan kira-kira 400 buah permainan rubik cube dan hanya memakan masa selama sehari.
Menurut Zabli, ini adalah kali pertama dia menggunakan aplikasi TikTok untuk merakam penghasilan potret tersebut.
Shuib pasti nak beli
Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya kagum melihat kehebatan Zabli selain memuji dengan usaha yang telah dilakukan.
Di samping itu, ada juga segelintir netizen yang ‘tag’ nama Shuib di komen agar dia perasan dengan kehadiran video tersebut.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat hampir 37,000 tanda suka (likes) dan hampir 2,000 komen.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia 9 Ogos lalu selepas tiga hadir ditidurkan dan bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sumber: TikTok @abam.takaful, Facebook @Zabli Ab Hadi