Gara-gara wajah sebenar berlainan dengan apa yang dilihat dalam media sosial, seorang lelaki dimarahi oleh seorang gadis ketika mereka berjumpa buat pertama kali.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Berhabis Lebih RM200,000’ – Boss James Seronok TikTok Beri Perubahan Besar Dalam Hidup
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tampil ‘Backup’ Anak Che Ta – ‘Jangan Cakap Kecil-Kecil Dulu Tak Pernah Pakai Makeup Mak’
Handsome sebab filter?
Menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok, lelaki yang menggunakan nama @azfarzenn dilihat terkilan dengan kata-kata yang dikeluarkan gadis terbabit yang menghina rupa parasnya.
Gadis tersebut dengan lantang berkata wajah lelaki itu penuh dengan jerawat dan terkejut melihat secara berdepan berbanding apa yang dilihat di TikTok.
Muka you banyak jerawat, I cakap benda yang betul. I malu dengan kawan-kawan I, tak ada mood dah, rasa nak balik.
Lalu lelaki berkenaan menjawab, dia menggunakan kesan tapisan atau ‘filter’ menyebabkan wajahnya kelihatan bersih agar dirinya menjadi lebih yakin.
Bertambah sedih lagi, apabila gadis terbabit akui dirinya malu keluar dengan lelaki berkenaan dan segan untuk memperkenalkan dengan rakannya yang lain.
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran, lelaki tersebut memuat naik video memperlihatkan wajah sebenarnya tanpa kesan ‘filter’ dan meminta maaf di atas kekurangan diri.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya turut berasa simpati terhadap nasib lelaki berkenaan dan menyifatkan dia memiliki wajah yang tampan.
Video
@azfarzennSaya mintak maaf, saya post bukan nak bukak aib cuma saya terasa dengan kata kata tersebut :) bukan sekali dua dah kena macam ni.? original sound – AzfarZenn ??
Sumber: TikTok