Perkongsian percutian pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bersama anak-anak tersayang mencuri perhatian ramai apabila pasangan ini memilih untuk menaiki helikopter untuk bercuti.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alisa ‘Rileks’ Panggil Abang Sendiri Guna Nama, Yusof Iskandar Minta Adik Panggil Abang – ‘Jangan Sebut Yusof, Sebut Abang’
Pergi pulau naik helikopter
View this post on Instagram
Menerusi video pendek dikongsi pelakon Wira ini, memaparkan mereka sekeluarga menaiki sebuah helikopter dari Kuala Lumpur menuju ke sebuah pulau sebagai destinasi pelancongan. Namun, pelakon ini sama sekali tidak mendedahkan pulau yang menjadi tempat mereka anak-beranak bercuti.
Percutian bersama keluarga setelah sekian lama. Dari Kuala Lumpur menuju ke pulau. #SayaTenangDiLaut
Hairul Azreen turut menceritakan ini merupakan kali pertama anak keduanya, Alisa Aisyah pergi bercuti berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan buat mana-mana individu untuk pergi bercuti. Mengulas lebih lanjut, bapa kepada dua cahaya mata ini memperincikan tempoh perjalanan mereka menuju ke pulau tersebut mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit.
Alisa kali pertama pergi bercuti haha baby MCO.
Pergh kamu grand!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen turut teruja dengan video tersebut dan menganggap percutian tersebut merupakan percutian yang luar biasa.
Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan dua cahaya mata Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.
Sumber: Hairul Azreen