Telatah anak selebriti terkenal Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering kali mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel mereka. Gelagat dua beradik Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang begitu bersahaja sering kali menghiburkan warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tegur Alisa Sebab Cakap Makanan Tak Sedap, Netizen Kagum Dengan Kelembutan Hanis Zalikha – ‘Tahap Kesabaran Mummy Bukan Biasa-Biasa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Telatah Comel Yusuf & Alisa Curi Perhatian Ramai. Geram Pula Tengok!
Panggil abang
Terbaru, menerusi perkongsian Hanis Zalikha di Instastory memaparkan gelagat anak bongsunya, Alisya yang memanggil abangnya dengan panggilan nama sahaja. Yusof ketika itu dengan spontan meminta adiknya memanggil dirinya dengan panggilan abang.
Jangan sebut Yusof, sebut abang.
Alisa ketika itu lantas memanggil Yusof dengan panggilan abang dan panggilan tersebut telah disahut oleh abangnya. Pada masa yang sama, Hanis turut berkongsi aktiviti pagi mereka anak-beranak dan mendengar doa yang diminta Yusof. Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor.
Video penuh
Sumber: Hanis Zalikha