Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri mendedahkan dirinya berdepan pelbagai dugaan semenjak memulakan perniagaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kek ‘Birthday’ Haliza Maysuri Cecah RM14,800, Busana Lebih RM151,000 Bikin Netizen ‘Terbeliak Mata’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Hadiahkan Kucing Kereta Bernilai RM714,000 & Rantai Emas Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Gangguan yang dihadapi

@halizamaysuri

Puan Haliza, jgn selalu post gambar/video Nanti kena ain. Jangan live sangat, nanti kena sihir. Saya dah biasa dengar. Tapi saya nak beritahu satu perkara Sejak mula berniaga, bukan saja ain sihir pun saya dah lalui. Ular hitam berkali2 masuk rumah. Lipan bara merayap dalam bilik. Tanah kubur bertabur depan butik. Air berbau kapur barus basahi pintu kedai saya. Busung. Mimpi ngeri. Sakit yang tak dapat dikesan doktor. Bertahun saya terlantar. Pengsan dg tiba2 bagai ada tenanga yg begitu kuat menolok tubuh saya,sering kali berlaku malah sampai ke hari ini. Tapi saya percaya… kalau Allah tak izinkan, takkan semua itu berlaku. Jadi saya tak takut. Bukan sebab saya kuat, tapi sebab saya yakin setiap ujian datang dengan hikmah. Dan bila kita mampu lepasi ujian itu di situlah letaknya nilai kejayaan sebenar. Prinsip saya mudah Orang berjaya bukan yg banyak hartanya. Bukan juga yang besar namanya. Tapi yang mampu melepasi ujian demi ujian dengan hati yang tetap bersandar pada Tuhan. Dan bila ada yang nasihat saya, Jangan tunjuk muka, jangan buat live. Saya tanya semula kalau saya tak buat semua itu, macam mana orang nak nampak produk kita? Sekarang ni media sosial adalah butik kita. Kalau saya diam, tak buat konten, tak perkenalkan diri orang tak kenal siapa saya. Bila orang tak kenal, macam mana nak yakin untuk membeli? Jadi bila org suruh kita diam, itu sebenarnya seperti tutup periuk nasi kita.Faham tak? Kadang2 sihir pun dihantar supaya kita berhenti meniaga. Akhirnya kita sendiri yang tutup perniagaan kita kerana takut. Saya pilih untuk terus berniaga. Terus berjuang. Dengan izin Allah. Dan saya tak pernah berhenti berdoa agar saya dan sesiapa yang sedang diuji seperti saya terus kuat dan terus berniaga. Kerana Sembilan daripada sepuluh bahagian rezeki adalah melalui perniagaan. @HalizamaysuriHQ

♬ suara asli – bungasirait.official – bungasirait.official

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Haliza memaklumkan bahawa dia pernah menerima gangguan sehingga disihir sebagai percubaan untuk menutup periuk nasinya.

Ujar Haliza, dia percaya atas ujian yang diizinkan tuhan buatnya untuk meraih kejayaan sebenar.

Saya dah biasa dengar orang cakap jangan selalu muat naik gambar atau video, nanti kena penyakit ain.

Tapi saya nak beritahu satu perkara. Sejak mula berniaga, bukan saja ain, sihir pun saya dah lalui.

Ular hitam berkali-kali masuk rumah. Lipan bara merayap dalam bilik.

Tanah kubur bertaburan depan butik. Air berbau kapur barus basahi pintu kedai saya.

Busung, mimpi ngeri dan sakit yang tidak dapat dikesan doktor. Bertahun saya terlantar. Pengsan dengan tiba-tiba seperti ada tenaga yang begitu kuat menolak tubuh saya.

Tapi saya percaya, kalau Allah tak izinkan, semua itu tidak akan terjadi. Setiap ujian datang dengan hikmah. Bila kita mampu lepas ujian itu, di situlah terletaknya nilai kejayaan sebenar.

Akan terus berniaga

Dalam pada itu, Haliza berpendapat bahawa media sosial adalah platform yang strategik untuk mempromosikan produknya.

Tegasnya, dia akan terus berjuang untuk berniaga walau berkali-kali menerima gangguan sihir.

Bila ada nasihat untuk jangan tunjuk muka, jangan buat live. Saya tanya semula, macam mana orang nak nampak produk kita?

Media sosial adalah butik kita. kalau saya diam, tak buat konten, dan tidak memperkenalkan diri, orang tak kenal.

Bila orang suruh diam maksudnya seperti menutup periuk nasi kita.

Sihir dihantar supaya kita berhenti meniaga. Saya pilih untuk terus berjuang dan berniaga.

Di akhir perkongsian, Haliza mendoakan agar mana-mana individu yang diuji sepertinya sentiasa kuat untuk meneruskan usaha mencari rezeki.

Sumber: TikTok @Haliza Maysuri