![[VIDEO] Haliza Maysuri Hadiahkan Kucing Kereta Bernilai RM714,000 & Rantai Emas Sempena Ulang Tahun Kelahiran](https://asset.ohbulan.com/2025/07/money-hadiah.jpg)
Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menghadiahkan sebuah kereta BMW i7 bernilai sekitar RM714,000 kepada kucing kesayangannya bernama Money sempena ulang tahun binatang berbulu itu.
Artikel Berkaitan: Haliza Maysuri Menang Saman Terhadap Bekas Pengedar, Keluarkan Tudung Bawal Harga RM70k Sebagai Simbolik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Nak Menunjuk, Saya Tahu Dari Mana Saya Bermula’ – Haliza Maysuri Borong Barang Basah Di Pasar Tani, Bantu Peniaga Kecil
Money bertuah

Ketika ditemui OhBulan!, Haliza berkata dia tidak kisah berhabis duit untuk Money kerana sudah menganggap kucing itu seperti anaknya sendiri.
Saya tidak terkira dalam sebulan berapa banyak saya habiskan untuk Money dan seekor lagi, Aspen, sebab memang saya anggap mereka seperti anak sendiri.
Saya akan beli apa sahaja untuk anak-anak ini.
Menjelaskan mengenai perwatakan haiwan itu, Haliza menyifatkan Money seperti manusia kerana mempunyai perangai kuat cemburu.
Tidak hanya itu, Haliza berkata Money juga pandai menunjukkan perasaan gembira apabila menerima hadiah dan kejutan.
Ketika ditanya mengenai hadiah yang pernah diberikan kepada Money, Haliza berkata dia pernah membelikan mangkuk makanan khas bernilai RM11,000 untuk kucing kesayangannya itu.
Sementara itu, haiwan berbulu itu juga dikhabarkan telah menerima jemputan eksklusif daripada pihak Louis Vuitton (LV) bagi meraikan ulang tahunnya di butik mewah itu.
Pihak LV sendiri beritahu, Money ada aura tersendiri.
Mereka nak ia bantu promosi beg khas untuk haiwan peliharaan.
Dalam pada itu, Haliza juga meluahkan rasa buntu kerana sudah kekurangan idea mahu membelikan hadiah apa untuk Money pada ulang tahun kelahirannya kelak.
Saya masih tidak tahu nak belikan hadiah apa. Money ni macam manusia.








