Usahawan jelita, Madammu mendedahkan hampir lapan tahun tidak menerima sebarang nafkah dari suami atas persetujuan sendiri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Titip Nasihat Buat Kaum Hawa – ‘Cari Duit Untuk Diri Sendiri Bukan Tanggung Jantan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nafkah Kena Ikut Kemampuan Suami, Tapi Wanita Berkerjaya Mahukan Perhatian..Itu Tak Boleh Dapat Dengan Duit’ – Madammu
Awal-awal kahwin
@eza_nuraienanoir Just pandangan Madammu ? #Madammu #Noir ? original sound – ENS | Noir SW Skin Peptides
Menerusi potongan klip yang dimuat naik di TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid minta suami fokus berbelanja hanya pada keluarga.
Ujarnya, hasil pendapatan daripada bisnes yang diusahakan sendiri, Noir Health & Beauty sudah memadai.
Kalau nak cerita tentang duit raya atau nafkah, rasanya sudah hampir 8 tahun TP (suami) tak bagi. Tapi Madammu sendiri yang setuju dari dulu.
Masa awal-awal kahwin, TP bagi duit belanja.
Bila dah mula bekerja, saya dapat duit lebih banyak dari TP. Semenjak itu, saya minta TP fokus bagi duit belanja pada ibu ayah dan adik beradik.
Sekadar info, Madammu memulakan bisnes dengan jenama kosmetik sendiri pada 2017 dan pernah menjadi penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL-36).
Sumber: TikTok eza_nuraienanoir