Penyanyi dan pelakon Nabila Razali bersyukur dan gembira apabila berjaya memiliki kediaman sendiri pada usia 31 tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘House Tour’ Nabila Razali Bikin Cemburu, Peminat Jadikan Inspirasi – ‘Dia Arkitek Kalau Bukan Penyanyi’
Berkat menyimpan
Ketika ditemui OhBulan!, Nabila menyatakan dia terpaksa menyimpan hasil kerja keras dan mengikat ‘nafsu’ untuk membeli rumah yang bernilai jutaan ringgit.
Alhamdulillah, berkat menyimpan dan cermat hasil bergelar anak seni. Hasilnya dapat lah beli rumah sendiri. Syukur segalanya dipermudahkan.
Sebenarnya saya fikir mungkin lambat lagi nak miliki rumah, tapi disebabkan banyak menahan nafsu berbelanja dan menyimpan wang syukur akhirnya segalanya dipermudahkan.
Nabila berkata demikian ketika majlis rumah terbukanya yang diadakan di Setia Eco Templer, pada Ahad.
Kata pelantun lagu Peluang Kedua, ibu bapanya menggalakkan dia untuk hidup berdikari.
Ibu sering berpesan untuk saya belajar hidup sendiri dan berdikari. Ditambah pula dengan usia yang semakin meningkat jadi memang wajarlah untuk uruskan semuanya sendiri.
Lagipun, rumah ibu bapa saya tidak jauh dan mereka juga selalu datang ke sini.
Guna ilmu masa universiti
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali menyatakan rumah banglo dua tingkat turut mendapat sentuhan ideanya hasil menjadi penuntut bidang seni bina ketika di universiti.
Berguna juga ilmu yang saya belajar sebelum ini. Semua konsep dalam rumah ini adalah impian saya dengan kerjasama pereka dalaman yang merealisasikan idea saya mahukan.
Saya tidaklah berbelanja besar cuma saya fokus kepada apa yang orang nampak dahulu seperti ruang tamu dan ruang makan.
Sumber: Instagram