berita

[VIDEO] ‘House Tour’ Nabila Razali Bikin Cemburu, Peminat Jadikan Inspirasi – ‘Dia Arkitek Kalau Bukan Penyanyi’

February 18th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi Nabila Razali menjadi inspirasi kepada golongan wanita terutamanya untuk bekerja keras demi mewahkan diri sendiri dan keluarga.

Artikel Berkaitan: Tiga Kali Tangguh, Nabila Razali Tak Sangka Dapat ‘Dream House’ Di Tengah Kuala Lumpur – ‘Ada Tasik, Gunung-Ganang & Dengar Bunyi Burung’

House tour

@sayabukandahlia Cantiknya rumah Nabila Razali. #housetour #NabilaRazali #rumahNabilaRazali #fypdongggggggg #fypage #fyp??viral #foryou #fyppppppppppppppppppppppp #RombonganCikKiahKeAJL #KeranaCintaItuAda #SelagikuAda ? original sound – Mira Menantu Cik Kiah

Menerusi TikTok @sayabukandahlia, Nabila telah membuat ‘house tour’ kediaman dua tingkat miliknya yang dibeli berdekatan dengan rumah keluarga.

Dalam rakaman itu, Nabila, 31, menunjukkan seluruh ruang ‘dream house’ yang sudah lengkap dengan dekorasi dan perabot.

Sambil menjawab soalan trivia, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali menekankan konsep rumahnya adalah minimalis.

Komen positif

Semestinya, perkongsian itu membuatkan peminat kagum dengan kehebatan wanita yang tidak lekang daripada kontroversi nyanyian.

Rata-ratanya meliar melihat tandas Nabila yang kata mereka lagi besar daripada bilik, fokus dengan skuter Vespa edisi terhad Vespa 946 Dior yang boleh mencecah harga RM194,600 serta ruang dapur yang menjadi idaman setiap kaum hawa.

Di samping itu, ada segelintir pengikut yang ingin menjadi kuat dan berjaya seperti pelantun lagu Peluang Kedua.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×