Hangat di media sosial, seorang individu dikenali DMA Islam memperlekehkan beberapa bidang pengajian di universiti termasuk Komunikasi dan Media, Teater dan Seni Tari.

Berang individu itu diberikan perhatian, pengacara dan pempengaruh, Hazeman Huzir mengatakan netizen Malaysia senang terpedaya dengan video yang mengumpan kemarahan orang ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Buat Sesuatu Itu Dengan Betul Beserta Ilmu’ – Hazeman Huzir Tegur ‘Terpaling’ Netizen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hazeman Huzir Dedah Terima Lamaran Wanita Ajak ‘Bertaaruf’ – ‘Minta Stop Ini Dah Kali Ketiga’

‘Rage bait’

Menerusi perkongsian di Tiktok, Hazeman atau lebih mesra disapa Haze mendakwa tindakan lelaki tersebut adalah untuk mengumpan netizen Malaysia dengan kemarahan.

Dakwa Haze, DMA Islam melakukan video itu kerana mahu mendapatkan perhatian daripada netizen Malaysia.

Saya tak rasa manusia normal seperti yang lain akan cakap macam itu berkenaan kos-kos orang lain, melainkan dia ada objektif lain.

Media sosial adalah tempat untuk mencari perhatian. Sebab itu orang kata kalau masuk hutan nampak benda pelik jangan tegur.

Ini nampak benda pelik (video DMA Islam) pergi tegur.

Menurut Haze, ramai yang terkesan dengan video tular itu kerana termakan umpan strategi yang dilakukan oleh DMA Islam.

Dalam pada itu, Haze turut menasihati agar pencipta kandungan dan pempengaruh tidak menggunakan strategi jenis itu untuk mempromosi barangan di media sosial.

Sebab itu kalau nak jadi pencipta kandungan (content creator) kena berguru. Tak semua ilmu itu bodoh.

Sumber: TikTok